28
Sep
2024
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan Karnival STEM
Pada 28 September 2024, program ini telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Patrick, Semadang, hasil kolaborasi antara SK St. Patrick dan Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Tujuannya adalah untuk memperkasa pendidikan STEM di kalangan pelajar.
Antara aktiviti menarik adalah IOT Maker Edu, Microsoft Excel dalam Pengurusan Kewangan, PowerPoint Animation dan Scratch Programming, semuanya bertujuan memperkukuhkan kemahiran STEM. Ibu bapa juga hadir, memberikan sokongan dan memeriahkan suasana.
Aktiviti ini diketuai oleh Puan Wahidah binti Anuar, Penyelaras STEM dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) bersama 11 pensyarah (dari pelbagai unit dan jabatan akademik) yang memberi pendedahan kepada 76 murid dari Tahun 1 hingga 6, termasuk 7 pelajar dari JTMK. Sekolah jemputan seperti SK Taba Sait, SK Bengoh dan SK Puruh Karu, turut menyertai program tersebut.
Ceramah tentang kepentingan STEM disampaikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS, Encik Esstree bin Ishak, yang mempromosikan PKS sebagai institusi pendidikan tinggi berkualiti.
Semoga program ini memberi inspirasi kepada semua peserta dan membantu membentuk masa depan yang cerah.
Sumber: JTMK
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut