Berita Dan Aktiviti PKS

22 Nov 2022

Majlis penyerahan Sistem IQEEP (Stock Taking Check), produk inovasi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) untuk diterima pakai oleh Kolej Komuniti Kuching.

22 November 2022 – Sistem IQEEP (Stock Taking Check), produk inovasi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari telah diserah untuk diterima pakai oleh Kolej Komuniti Kuching.
Majlis penyerahan telah berlangsung di PKS yang telah disempurnakan oleh Pengarah PKS Hikmatullah Hajid Ahmad Khan dan turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuching Suharyati Sulaiman.
Objektif Penyerahan Sistem IQEEP ialah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran serta membantu sesebuah perpustakaan terutama perpustakaan kecil dalam mengurus stock take checking.
Sebelum ini, Sistem IQEEP telah diserahkan kepada Perpustakaan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching Sarawak, Perpustakaan Desa RPR Taman Palma Indah dan Perpustakaan Desa Hajah Sena Bugo Kg. Sg. Bedil Besar.
IQEEP atau Innovation, Quick & Reliable, Efficient Data Conditioning, Easy to use dan Portable Devices adalah merupakan satu sistem yang telah dibangunkan oleh Unit Perpustakaan PKS bagi tujuan pengiraan jumlah stok/ koleksi dan pengesanan stok/koleksi di Perpustakaan Sri Kenyalang PKS.
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar