Berita Dan Aktiviti PKS

20 Feb 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA 2020

Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) 2020 yang telah berlangsung pada 15 – 18 Februari 2020 di stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kejohanan ini melibatkan 13 pasukan negeri. Pasukan Politeknik dari Sarawak telah diwakili oleh 12 peserta Politeknik Kuching Sarawak dan 5 orang Politeknik Mukah. Kejohanan kali ini menyaksikan Perak mengungguli kejohanan dengan menggondol 10 emas manakala Sarawak berada di tempat ke-5 dengan jumlah emas sebanyak 3 emas, 5 perak dan 4 gangsa. Berikut merupakan keputusan kejohanan Olahraga MSP 2020:

Emas
1. Florence Wong – Lontar Peluru (W)
2. Ullia Ulanda – 400m Lari Berpagar (W)
3. Aeronclay Dawat Anak George – Lempar Cakera (L)

Perak
1. Dayang Farhanah – Lompat Tinggi (W)
2. Otniel Cliff Francko – 400m Lari Berpagar (L)
3. Ullia Ulanda Anak Rumpang – 200m (W)
4. Anduk Authry Anak Chendang, Cyril Bruno, Becham Anak Copta dan Otniel Cliff Frankco – Kuartet 4x400m (L)
5. Anduk Authry Anak Chendang – Lompat Kijang (L)

Gangsa
1. Cyril Bruno – 400m Lari Berpagar (L)
2. Ullia Ulanda Anak Rumpang – 400m (W)
3. Florence Wong – Lempar Cakera (W)
4. Dayang Farhanah – 100m Lari berpagar (W)

**Photographs courtesy of Majlis Sukan Politeknik Malaysia

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 18 Februari 2020

Accessibility Toolbar