Berita Dan Aktiviti PKS

17 Mar 2022

CALON PILIHAN RAYA KAMPUS PKS KEMUKA BORANG TANDING 7 KERUSI UMUM DAN 21 KERUSI JABATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2022/2023

Rabu, 16 Mac 2022 – Telah berlangsung penyerahan borang pencalonan/penamaan calon Pilihan Raya Kampus (PRK), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) pada hari ini bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2022/2023. Semua calon telah hadir bersama-sama seorang pencadang dan seorang penyokong masing-masing.
Hari Pengundian PRK 2022/2023 telah ditetapkan dan akan berlangsung pada 24 Mac 2022 secara atas talian menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) yang akan melibatkan semua pelajar berstatus aktif dan aktif latihan industri wajib membuang undi membuat pemilihan calon yang layak diangkat sebagai Majlis Tertinggi MPP yang terdiri daripada 7 Kerusi Umum dan 21 Exco MPP daripada 21 Kerusi Jabatan. Untuk makluman terdapat 3 kerusi lantikan terus jawatan exco MPP yang tidak dipertandingkan melibatkan Exco Kolej Kediaman, Exco Pembimbing Rakan Sebaya dan Exco Pelajar Pusat Islam yang semuanya akan dinamakan oleh Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman (JPPK) , Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI).
Pengumuman Rasmi Calon Layak Bertanding PRK kali ini akan diadakan pada 17 Mac 2022 dan bermulalah selepas itu taklimat dan Pelancaran Kempen PRK sehingga sebelum hari pengundian dijalankan.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar