Berita Dan Aktiviti PKS

29 Jul 2022

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT DIPLOMA SESI 2022/2023

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar yang mengikuti pagajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2022/2023.

TEMPOH PERMOHONAN : 1 sehingga 14 Ogos 2022

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

1. Anak jati Sarawak
2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT DIPLOMA daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik.
3. Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN (Perguruan) atau PERUBATAN.
4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.
5. Keutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan keluarga golongan B40. (Pendapatan isi rumah RM 4,850.00 ke bawah)

INFO TAMBAHAN

1. Bagi kemasukan baru, pemohon WAJIB mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf.
2. Bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.
3. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA

CARA PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my

Sila layari laman web rasmi SPANS https://psc.sarawak.gov.my untuk PANDUAN PERMOHONAN

Sila rujuk poster bagi maklumat pegawai yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Accessibility Toolbar