Berita Dan Aktiviti PKS

25 Nov 2019

MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI STRATEGIK ANTARA PKS BERSAMA JAS

Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik antara Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS) telah diadakan pada 20 November 2019 bertempat di Bilek Mesyuarat PKS.

MoU berkenaan ditandagani oleh Pengarah PKS Puan Jamaliah Binti Ahmad dan Pemangku Pengarah JAS Encik Saiful Bin Salihin.

Kolaborasi ini adalah bertujuan untuk PKS dan JAS menjalinkan kerjasama strategik dan melaksanakan berbagai aktiviti serta program Kesedaran Awam,Sains dan Inovasi berkaitan alam sekitar.
Selain itu ianya juga sebagai platform untuk kedua belah pihak berkongsi ilmu pengetahuan dan kepakaran yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 19 November 2019

Accessibility Toolbar