Berita Dan Aktiviti PKS

10 Nov 2023

Malam Gemilang Kamsis 2023 (MAGIK)

๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐Š๐€๐Œ๐’๐ˆ๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ (๐Œ๐€๐†๐ˆ๐Š) dianjurkan oleh Unit Pengurusan Asrama dengan kerjasama Jabatan Sukan Ko-Kurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman (JPKK) telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak.
๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐Š๐€๐Œ๐’๐ˆ๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ (๐Œ๐€๐†๐ˆ๐Š) merupakan penjenamaan semula bagi program HARI TERBUKA KAMSIS. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung antaranya adalah ๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘ฆ๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘’๐‘›๐‘ก ๐‘˜๐‘’-15, ๐‘‡โ„Ž๐‘’ ๐ต๐‘’๐‘ ๐‘ก ๐‘…๐‘œ๐‘œ๐‘š ๐ด๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘‘ ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘„๐‘ข๐‘’๐‘’๐‘› ๐‘œ๐‘“ ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐‘๐‘–๐‘”โ„Ž๐‘ก.
๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘ฆ๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘’๐‘›๐‘ก ๐‘˜๐‘’-15 telah berlangsung pada 27 Oktober 2023 menyaksikan seramai 15 peserta bertanding bagi merebut Top 5 untuk bersaing pada Peringkat Akhir Polytalent pada 28 Oktober 2023.
Pada 28 Oktober 2023 merupakan malam kemuncak Malam Gemilang Kamsis sekaligus menjadikan malam penutupan bagi Malam Gemilang Kamsis 2023 serta ๐น๐‘–๐‘›๐‘Ž๐‘™ ๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘ฆ๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘’๐‘›๐‘ก ๐‘˜๐‘’-15. Selain itu, turut diadakan penyampaian penghargaan kepada pegawai yang terlibat dalam aktiviti asrama sepanjang tahun 2023.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam pelajar melalui pengisian program seperti ๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘ฆ๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘’๐‘›๐‘ก ๐‘˜๐‘’-15. Selain itu, program ๐‘‡โ„Ž๐‘’ ๐ต๐‘’๐‘ ๐‘ก ๐‘…๐‘œ๐‘œ๐‘š ๐ด๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘‘ yang merupakan aktiviti wajib dilaksanakan setiap tahun adalah untuk memupuk semangat cinta akan ruang kediaman diri sendiri dalam kalangan pelajar asrama.
Turut hadir sama adalah Encik Mahathir bin Mohamad Kamin (KJHEP), Encik Mohd Hazry Bin Ismail (KJJSKK), Puan Susan Anak Belayong (Penolong Pengurus Asrama), Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay (Pegawai HEP), Puan Bibie Anak Neo dan warden Politeknik Kuching Sarawak.
๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’…๐’Š๐’–๐’„๐’‚๐’‘๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’‘๐’†๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ท๐’๐’๐’š๐’•๐’‚๐’๐’†๐’๐’• ๐’Œ๐’†-๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ฉ๐’†๐’”๐’• ๐‘น๐’๐’๐’Ž ๐‘จ๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’–๐’ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ!
Sumber : Unit Pengurusan Asrama
Foto : Mohamad Hadzli bin Othman

Accessibility Toolbar