Berita Dan Aktiviti PKS

16 Jan 2023

SMK MELUGU ADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PKS

Seramai 38 orang pelajar SMK Melugu, Sri Aman dan sembilan orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Melugu kepada pendidikan TVET di PKS.
Semasa lawatan tersebut mereka telah diberikan taklimat berkenaan kemasukan dan program pengajian yang ditawarkan di PKS dan turut telah melawat ke bengkel Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKS.
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak.

Accessibility Toolbar