Berita Dan Aktiviti PKS

11 Nov 2019

Rombongan pelajar Tahun 6 yang disertai 14 orang pelajar suku Kaum Penan dari SK Long Kevok, Baram

Rombongan pelajar Tahun 6 yang disertai 14 orang pelajar suku Kaum Penan dari SK Long Kevok, Baram dan diiringi oleh 6 orang guru yang diketuai oleh Cikgu Ivy ak Bolok (PK1) serta guru Penyelaras program Encik Shamsul bin Zain telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Sebaik tiba di PKS mereka di sambut oleh Pengarah PKS,Puan Jamaliah bt Ahmad dan Timbalan Pengarah Akademik, Encik Chow Tio Kiong. Selepas itu, mereka dibawa melawat ke Bengkel Ukur, Bengkel Automotif dan Galeri Centre Of Technology (COT) PKS. Mereka turut diberikan taklimat oleh penyelia dan pensyarah yang bertugas di bengkel tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar kaum Penan mengenai peluang Pendidikan TVET khususnya di PKS serta mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan masyarakat berbilang kaum serta cara hidup di bandaraya Kuching yang pesat membangun.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Khamis, 7 November 2019

Accessibility Toolbar