Berita Dan Aktiviti PKS

21 Feb 2023

PELANJUTAN BAYARAN YURAN KONVO KOMEMORATIF SEHINGGA 27 FEB 2023

BAYARAN SEBAGAI BUKTI HADIR MAJLIS KONVOKESYEN KOMEMORATIF 2023 DILANJUTKAN SEHINGGA 27 FEBRUARI 2023, JAM 12.00 TENGAHARI

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bersetuju untuk melanjutkan tarikh pembayaran yuran Majlis Konvokesyen Komemoratif Tahun 2023 sehingga 27 Februari 2023, 12:00 tengahari. Pelanjutan ini adalah untuk memberi ruang kepada graduan untuk menyertai konvokesyen komemoratif 2023 tersebut.

Untuk makluman graduan yang berkenaan, pengesahan kehadiran adalah berdasarkan kepada bayaran konvokesyen yang ditetapkan pada tempoh tarikh pembayaran dari 28 Januari 2023 hingga 27 Februari 2023.

Para graduan berkaitan boleh melayari laman sesawang pks e-konvo di pautan :

http: //www.poliku.edu.my/e-konvokesyen/

Ringkasan Info :

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan muat turun panduan mengikut sesi majlis dan sidang adalah berdasarkan sesi tamat pengajian :

a. Majlis Konvokesyen Komemoratif ke-28 pada tahun 2023 bagi meraikan graduan-graduan yang Tamat Pengajian pada Sesi Disember 2018 dan Sesi Jun 2019.

Ringkasan Majlis Konvokesyen Komemoratif ke-28 Politeknik Kuching Sarawak akan diadakan pada 04 dan 05 mac 2023 (sabtu dan ahad) di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak.

B. Majlis Konvokesyen Komemoratif ke-29 pada tahun 2023 bagi meraikan graduan-graduan yang Tamat Pengajian pada Sesi Disember 2019 dan Sesi Jun 2020.

Ringkasan majlis konvokesyen komemoratif ke-29 politeknik kuching sarawak akan diadakan pada 18 dan 19 mac 2023 (sabtu dan ahad) di dewan jubli perak, politeknik kuching sarawak.

Tahniah dan syabas!

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa
Majlis Konvokesyen Komemoratif tahun 2023
politeknik kuching sarawak.
Mmk/jhep/pks

Accessibility Toolbar