Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kehadiran delegasi dari Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS)
22 Mac 2020 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kehadiran delegasi dari Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) yang melakukan lawatan penanda aras (benchmarking) untuk Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada 12 Mac yang lepas. Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Ting Kung Chuang bersama lima orang ketua program iaitu Dr. Chai Chan Yii, Encik Fabian Halley Pata, Puan Maqueline Cyndi Nap dan Puan Siti Astella Johari. Selain itu, delegasi ini juga disertai oleh lima orang staf akademik daripada i-CATS.
Tujuan lawatan delegasi i-CATS ini adalah untuk mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik berkenaan dengan pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) dan pengalaman akreditasi terutamanya daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA). Ini diharap dapat dijadikan panduan dan persediaan dalam menghadapi proses akreditasi yang bakal dilalui oleh Program Kejuruteraan Awam di UNIMAS.
Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 22 Mac 2020