Berita Dan Aktiviti PKS

30 Apr 2024

MECHANICAL PROJECT EXHIBITION (MPEx)

30 APRIL 2024 | SELASA
Mechanical Project Exhibition (MPEx) yang dianjurkan pada setiap semester adalah bertujuan untuk mempamerkan dan mempertandingkan hasil kerja projek tahun akhir bagi Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)(DPU) di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).
Bertemakan ‘Innovation Towards Sustainability’, sebanyak 18 projek pelajar tahun akhir yang terdiri daripada 61 orang pelajar semester akhir JKM. Sebanyak 8 kumpulan daripada DKM, 2 kumpulan daripada DTP, 6 kumpulan daripada DAD dan 2 kumpulan daripada DPU telah dipertandingkan dalam MPEx yang diadakan di Dewan Jubli Perak,PKS pada hari ini.
Pertandingan ini juga diadakan bagi menggalakkan inovasi yang berfokuskan kepada kelestarian alam sekitar. Projek akhir ini telah dinilai oleh 5 orang panel daripada industri terdiri daripada Kolej Vokasional Matang, Northmont Capital Sdn.Bhd, Acson Malaysia Sales and Services Sdn.Bhd, C&L Dynamic Engineering Sdn. Bhd. dan Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan (ILPKS) yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Panel industri ini dibantu oleh pensyarah dari JKM yang telah dilantik bagi memilih 10 projek terbaik untuk dipertandingkan di peringkat Politeknik Kuching Sarawak. Johan bagi MPEx kali ini bertajuk “Automatic Fertiliser Mixing Machine” daripada kumpulan pelajar DKM. Naib Johan pula dimenangi oleh kumpulan dari DKM dengan tajuk “Fabrication Coffee Logs Mini Machine” dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan dari DAD dengan tajuk “Automatic Feeding Machine For Chicken In Farm”.
JKM sentiasa menyokong usaha dalam meningkatkan kelestarian alam sekitar dimana ianya merupakan satu bidang yang luas serta merupakan elemen yang penting dalam kehidupan, pembangunan ekonomi dan kemampanan global.
Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat menaikkan semangat pelajar untuk terus menghasilkan produk atau projek-projek lain yang dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar pada masa akan datang.
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), PKS
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar