Berita Dan Aktiviti PKS

8 May 2020

FOOD BANK SISWA KPDNHEP SARAWAK DALAM PROGRAM JALINAN RAMADAN KEPENGGUNAAN DI PKS

6 Mei 2020 – Sekali lagi KPDNHEP Sarawak memberi sumbangan Food Bank Siswa kepada Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan kali ini Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak , Encik Mohd Dzulkiflie Bin Pathi telah menyampaikan taklimat Program Food Bank dan Hal Kepenggunaan kepada penuntut dan ahli Gerakan Pengguna Siswa (GPS) PKS yang masih kekal berada di dalam kampus.

Puan Pengarah PKS, Jamaliah Ahmad hadir menerima sumbangan tersebut dan menyatakan darpada 410 orang pelajar sebelum ini dalam kampus, kini tinggal kira-kira seramai 246 orang pelajar masih kekal menunggu proses pulang antaranya terdiri dari pelajar yang berasal dari bahagian Limbang, daerah Lawas dan sebahagian dari zon merah Samarahan dan Kuching serta para pelajar negeri Sabah.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 6 Mei 2020

Accessibility Toolbar