Berita Dan Aktiviti PKS

28 Sep 2019

Program Team Super Re-Charge Pre Diploma JMSK Camp

KUCHING,28 September 2019 : Program Team Super Re-Charge Pre Diploma JMSK Camp telah berlangsung di Kubah National Park, Kuching dari 27 hingga 28 September 2019. Program ini melibatkan 21 orang pelajar Pra Sains semester 2 dan 4 orang fasilitator Pembimbing Rakan Siswa Poliku. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberikan penekanan khusus kepada membina dan memperkukuhkan jati diri serta sahsiah diri disamping memupuk ciri-ciri kepimpinan, semangat kerjasama, kreativiti dan juga ketahanan minda. Aktiviti-aktiviti dijalankan di sekitar Kubah National Park termasuk pengembaraan yang meliputi kawasan darat iaitu pendakian Gunung Serapi setinggi 2600 kaki dari aras laut.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Kursus Komputer Jabatan Matematik Sains & Komputer Encik. Charles Muling dengan penyerahan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Pembimbing Rakan Siswa Poliku, serta sijil penyertaan kepada semua peserta program.
Program sokongan berterusan seperti program motivasi merupakan salah satu usaha yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah peningkatan kecemerlangan akademik dan ketrampilan pelajar. Program Team Super Re-Charge adalah salah satu insiatif dari pihak JMSK sebagai usaha untuk mendorong peningkatan kecemerlangan akademik dan ketrampilan pelajar.#ukkpks

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Isnin, 30 September 2019

Accessibility Toolbar