Berita Dan Aktiviti PKS

24 Mar 2020

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menerima bantuan makanan dan minuman daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

23 Mac 2020 – Seramai 450 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang tidak dapat balik ke kampung halaman berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 telah menerima bantuan makanan dan minuman daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) semalam. Mereka adalah pelajar yang menginap di Kamsis, Asrama 805 dan juga mereka yang menyewa berdekatan dengan kampus.

Sebelum ini YaPEIM juga telah menyumbang bantuan kepada pelajar PKS melalui program Foodbank bertujuan meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Pihak PKS mengucapkan terima kasih kepada YaPEIM di atas sumbangan dan prihatinan pihak YaPEIM.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 22 Mac 2020

Accessibility Toolbar