Berita Dan Aktiviti PKS

16 Mar 2023

𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑾𝒂𝒕𝒊𝒌𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒔𝒚𝒖𝒂𝒓𝒂𝒕 𝑱𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏𝒌𝒖𝒂𝒔𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕 𝑰𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒊 𝑷𝑲𝑺 𝑩𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 1 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 2023

Pihak Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah dan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri PKS Bilangan 1 bagi tahun 2023 pada Rabu, 15 Mac 2023.
Majlis turut disertai oleh beberapa wakil dari industri antaranya Jurukur Perkasa Sdn. Bhd. (Sr. Tn. Hj. Masri bin Juni @ Mohamad Jun), IEM Sarawak (Ir Sim Hui Kheng), Galaxy Group of Companies (En Tony Tee Boon Chai), Talisman Technology Sdn. Bhd. (En Abang Asfia Sulong Bin Abang Muhamad) & Schlumberjer WTA (M) Sdn. Bhd. (En Hanif Bin Sheikh Ali).
Majlis ini bertujuan untuk memberikan cadangan objektif jangka Panjang kepada PKS, serta memberi nasihat dalam membangunkan Pelan Strategik Kolaborasi bersama industry, memberikan input dan maklum balas terhadap keperluan tenaga kerja berkemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, memberikan nasihat dan membantu dalam mencadangkan rakan kolaborasi untuk PKS dalam bidang akademik, Latihan, pemindahan teknologi dan inovasi, pengembangan aktiviti penyelidikan dan pengkomersilan serta keusahawanan serta membantu warga PKS dalam usaha menambah atau menjana kewangan serta menambah baik kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
𝐋𝐢𝐤𝐞 & 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 :

Accessibility Toolbar