26
Sep
2024
Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak telah menganjurkan program Industry Expert Enrichment Program (IEEP): Fahami Nilai Integriti & Antirasuah di Perpustakaan Sri Kenyalang, Politeknik Kuching Sarawak hari ini.
25 SEPTEMBER 2024 | RABU
Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak telah menganjurkan program Industry Expert Enrichment Program (IEEP): Fahami Nilai Integriti & Antirasuah di Perpustakaan Sri Kenyalang, Politeknik Kuching Sarawak hari ini.
Program ini telah disertai oleh 82 orang pelajar DPM2 yang mengikuti Kursus Integriti & Anti Rasuah (MPU22071). Ceramah telah disampaikan oleh Puan Maini William, Penguasa Kanan, Cawangan Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Sarawak.
Pelaksanaan program ini adalah nilai tambah kepada pelajar bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik bagi kursus MPU22071: Kursus Integriti dan Antirasuah, pendedahan tentang bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta mengenalpasti bentuk pelakuan rasuah dan salah guna kuasa dalam sesebuah organisasi.
Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pihak industri untuk melibatkan diri dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar politeknik khususnya dalam Kursus Integriti dan Antirasuah.
Program ini merupakan salah satu pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman berkaitan dengan Kursus Integriti dan Antirasuah apabila di lapangan. Pelajar juga mendapat maklumat tepat berkaitan dengan nilai dan antirasuah yang sebenar serta mengetahui fungsi dan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terima kasih diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Sarawak atas kesudian menerima jemputan ini.
Sumber: Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut