Berita Dan Aktiviti PKS

17 Aug 2023

Lawatan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) ke Politeknik Kuching Sarawak.

16 OGOS 2022 | RABU
Lawatan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) ke Politeknik Kuching Sarawak.
Seramai 40 orang pelajar bersama empat orang Guru Pengiring dan dua Pegawai YATIM telah mengadakan lawatan ke Politeknik Kuching Sarawak. Para pelajar yang hadir terdiri daripada empat buah sekolah iaitu SMK Seri Setia,SMK Tun Abang Hj Openg,SMK Bako dan SMK Semerah Padi.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai Politeknik Kuching Sarawak. Taklimat ringkas mengennai kemasukan dan program pengajian di Politeknik Kuching Sarawak telah disampaikan oleh Ts. Abdul Yazid bin Ibrahim,Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertempat di Mini Auditorium,UIDM.
Para pelajar juga dibawa melawat bengkel di Jabatan Kejuruteraan Awam,Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar. Terima kasih buat semua yang terlibat!
Foto oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar