Berita Dan Aktiviti PKS

30 Sep 2019

Pasukan Polycats PKS yang diketuai oleh Diveyanie Desurtasia telah mendapat tempat ke-4 setelah akur kepada kemengan yang berpihak pada Pasukan Vokasional Matang (Vokmat).

KUCHING, 29 September 2019 : Kejohanan Bola Jaring Tertutup Kuching 2019 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Datin Hjh Ellis Suriyati, Presiden Persatuan Bola Jaring Sarawak.

Pada kejohanan kali ini Pasukan Polycats PKS yang diketuai oleh Diveyanie Desurtasia telah mendapat tempat ke-4 setelah akur kepada kemengan yang berpihak pada Pasukan Vokasional Matang (Vokmat).

Naib Johan ialah Sekolah Sukan Tabuan Jaya (Tee Jay). Dan Johan diungguli oleh Pasukan Jovial yang dibarisi oleh sebilangan pemain SUKMA.

Sebanyak 13 pasukan berentap pada kejohanan kali ini yang mana disertai oleh barisan pemain pelapis bola jaring PKS yang terdiri daripada pelajar semester 1 iaitu Pasukan Poliku.

Kejohanan seperti ini amat dinantikan oleh atlit PKS untuk mendapat pendedahan dan menambah pengalaman serta kemahiran dalam sukan bola jaring.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 29 September 2019

Accessibility Toolbar