Berita Dan Aktiviti PKS

6 Feb 2023

Permohonan dermasiswa yayasan kuok berhad untuk diploma politeknik malaysia 2023

Jangan Terlepas Peluang!

YAYASAN KUOK BERHAD mempelawa permohonan daripada pelajar di Politeknik Awam Malaysia untuk bantuan kewangan (Dermasiswa) yang bernilai sehingga RM9,000 setahun akan ditawarkan kepada calon yang berjaya.

A. Syarat-syarat :

(1) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

(2) Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam SPM bagi mana-mana mata pelajaran seperti berikut :

Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan program/kursus yang dipohon / diikuti

ATAU

Gred purata sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas dalam keputusan terbaru di politeknik.

(3) Bantuan Kewangan Yayasan Kuok hanya untuk pelajar MISKIN sahaja.

(4) Pemohon mestilah tidak memegang apa-apa biasiswa daripada organisasi lain seperti biasiswa JPA, dsb.

B. KAEDAH MEMOHON :

Pemohon PERLU mengikuti Langkah 1 dan Langkah 2 seperti di bawah :

Langkah 1 :
Memohon dan menghantar permohonan dalam talian di https://apply.Kuokfoundation.org/

Tarikh Buka : 7 Februari 2023
Tarikh Tutup : 24 Februari 2023

Langkah 2 :
Penyerahan Borang Permohonan Bercetak
Selepas pemohon menghantar permohonan melalui dalam talian, pemohon JUGA PERLU mencetak borang permohonan yang lengkap dan menghantar bersama dengan dokumen sokongan melalui kurier atau serahan tangan ke pejabat Yayasan.

Tarikh Tutup : 3 Mac 2023

**Borang yang tidak lengkap atau lambat tidak akan dipertimbangkan.

Alamat :

KUOK FOUNDATION BERHAD (DERMASISWA UNTUK DIPLOMA 2023)
Letter Box No. 110, 16th Floor UBN Tower
10 Jalan P Ramlee
50250 KUALA LUMPUR.

www.kuokfoundation.com

Dihebahkan oleh :
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
mmk/jhep/PKS

Accessibility Toolbar