Berita Dan Aktiviti PKS

13 Apr 2020

ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM) BANTU PELAJAR POLITEKNIK KUCHING TERJEJAS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

11 April 2020 – Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) pada hari ini telah menyerahkan cek sumbangan bernilai RM2000 kepada Politeknik Kuching Sarawak (PKS) untuk membantu meringankan perbelanjaan harian pelajar dalam tempoh menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

En. Sumbang Mandaw, Ketua Program Diploma Geomatik, PKS yang mewakili RISM menyerahkan mock cek kepada Pengarah PKS, Puan Jamaliah Ahmad menyatakan bahawa sumbangan Tabung COVID-19 RISM ini merupakan sokongan kepada pelajar PKS supaya tabah dan kekal berada di kampus dalam usaha berperanan membendung penularan serta memutuskan rantaian wabak COVID-19 di Malaysia. YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKS, Sdr. Muhammad Syawal Hanifah Dharmalingam hadir bersama menyaksikan serahan tersebut.

Untuk makluman, PKS merupakan sebuah institusi pendidikan kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang antaranya melahirkan jurukur melalui program Diploma Geomatik DGU (MQA/FA 1289). PKS menawarkan norma sebanyak 80 tempat setiap tahun kepada lulusan SPM yang menepati syarat iaitu Lulus BM, BI dan Sejarah, 1 kepujian Matematik, 1 kepujian mata pelajaran berkaitan Sains/ Teknikal/Vokasional serta 1 kepujian mana-mana mata pelajaran lain yang belum diambil kira. Lulusan SPM yang berminat dengan program diploma ini masih berpeluang memohon masuk bagi ambilan Jun 2020 ini melalui UPUOnline sehingga 17 April 2020 ini. Untuk info Program Diploma Politeknik boleh layari dan link permohonan disediakan di portal http://ambilan.mypolycc.edu.my

RISM merupakan antara rakan industri PKS dalam bidang geomatik dengan terlibat secara langsung program akademik dan bekerjasama dalam penganjuran program antaranya Pertandingan Inovasi “Kenyalang Mapping Technologies: Ground Search and Rescue” 2019 (KmTech 2019), Kenyalang National Geomatic Colloquium 2018 (KNGC 2018) dan Kenyalang Creative Map Competition 2017 (KCMC 2017).

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Sabtu, 11 April 2020

Accessibility Toolbar