Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)

Info Unit

Carta Organisasi

Pengenalan

Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) PKS berfungsi untuk menyediakan satu perkhidmatan kepada pelajar, staf Politeknik Kuching Sarawak serta masyarakat awam. Perkhidmatan yang disediakan sejajar dengan fungsi kaunseling yang semakin berkembang melalui peningkatan aktiviti jabatan serta pihak industri awam dan swasta. Program kaunseling dan aktiviti perkembangan pelajar yang dilaksanakan adalah berfokus dan selaras dengan perkembangan individu, akademik dan kerjaya.
Dalam konteks perkembangan aktiviti masa kini, UPP menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar PKS bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang potensi diri, akademik, perancangan sikap, situasi belajar, maklumat kerjaya dan kesesuaian pekerjaan.
Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan, UPP PKS berperanan untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar di samping membantu mentransformasikan pelajar PKS kepada modal insan yang berpengetahuan luas dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

VISI UPPsi

Menjadi sebuah unit yang mampu melengkapkan graduan dengan ilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, berkemahiran serta berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti secara fizikal dan spiritual.

MISI UPPsi

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik berkaitan dengan pembinaan kognitif dan tingkah laku, mengukuhkan peluang kerjaya serta bertanggungjawab kepada penerimaan pengaruh persekitaran sosial

OBJEKTIF UPPsi
PERUBAHAN KOGNITIF DAN TINGKAH LAKU

Memastikan graduan minda kelas pertama yang mampu menggunakan pemikiran yang selari dengan tingkah laku secara positif, kreatif & kritis.

PENGUKUHAN KERJAYA DAN MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN

Memastikan graduan menggunakan ilmu pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PENERIMAAN PENGARUH SOSIAL

Berusaha untuk bertanggungjawab, membangunkan dan mengukuhkan perpaduan, jati diri, keadilan sosial, menghormati kepelbagaian dan kesejahteraan diri, masyarakat serta negara.

PERKHIDMATAN DITAWARKAN
  • Sesi Perkhidmatan Kaunseling
    • Individu/Kelompok/Kerjaya

    • Komunikasi
    • Akademik
    • Perhubungan
    • Emosi dsb….
  • Khidmat Pengujian Psikologi kepada pelajar & staf
    • Personaliti
    • Minat & Kerjaya
    • Sikap (marah,pengurusan masa, kewangan)
    • Klinik Penasihatan Akademik
    • Klinik Pembelajaran dan Motivasi
    • Klinik Bimbingan Kerjaya seperti laluan kerjaya, penulisan resume, teknik temuduga dan permohonan jawatan
    • Penyelarasan program Pembimbing Rakan Siswa Politeknik

    WAKTU OPERASI

    Isnin hingga Khamis:
    8.00pagi hingga 1.00 petang
    2.00petang hingga 5.00 petang

    Jumaat:
    8.00pagi hingga 11.30pagi
    2.30petang hingga 5.00petang

    Sabtu:
    Bergantung kepada temujanji