Jabatan Perdagangan berperanan melahirkan graduan yang mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada institusi kerajaan mahupun swasta di negara ini. Jabatan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia menawarkan pengajian khusus dalam bidang pengurusan berbeza dengan jabatan-jabatan lain yang terdapat di Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Namun demikian, program pengajian yang ditawarkan mampu memenuhi tenaga mahir bersesuaian dengan misi dan visi Politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Jabatan Perdagangan PKS telah melancarkan motto dan logo yang amat tepat untuk disemai di kalangan warga Jabatan Perdagangan untuk sentiasa cemerlang dan menjadi peneraju dalam bidang pendidikan
Jabatan Perdagangan berpegang kepada moto Strive to excel, lead the way.
Accessibility Toolbar