Berita Dan Aktiviti PKS

23 Oct 2021

Lawatan Penandaarasan Akademik dan Pengurusan telah dilaksanakan di Politeknik Mukah Sarawak(PMU).

Pada tarikh 21 Oktober 2021 satu program Lawatan Penandaarasan Akademik dan Pengurusan telah dilaksanakan di Politeknik Mukah Sarawak(PMU). Seramai 24 orang staf akademik dan sokongan telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak(PKS), Encik Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kepakaran berkaitan akademik dan pengurusan di institusi dalam usaha untuk menambah baik sistem akademik dan pengurusan di PKS.
Antara tempat yang dilawati adalah setiap Jabatan yang berkaitan dengan akademik di PMU dan juga unit sokongan seperti perpustakaan dan UIDM. Pendedahan yang amat berguna tentang pengurusan jabatan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan pentaksiran dan juga pengurusan sokongan amat lah dihargai.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PMU atas layanan terbaik kepada pihak PKS sepanjang lawatan berlangsung.
Semoga kerjasama ini akan berterusan ke arah mencapai matlamat utama organisasi.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang
panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Foto kredit: UIDM, PMU.

Accessibility Toolbar