Berita Dan Aktiviti PKS

29 Apr 2022

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR PKS ERAT UKHUWAH WARGA

Jumaat, 22 April 2022 – Majlis Khatam al-Quran dan disusuli dengan iftar atau berbuka puasa bersama-sama dengan pelajar, pensyarah, kakitangan termasuk pekerja kontrak kebersihan dan keselamatan telah berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan ukhuwah atau persaudaraan antara sesama warga.
Majlis yang diketuai oleh Pengerusi Pusat Islam PKS dan Pensyarah di Jabatan Pengajian Am ini merupakan salah satu program tahunan dalam takwim Pusat Islam dengan melibatkan semua jabatan dan unit mengambil bahagian dalam menyedia dan menyumbang juadah berbuka masing-masing dan bersempena Nuzul al-Quran telah diadakan majlis khatam terutama melibatkan staf dan pelajar yang terlibat dengan aktiviti tadarus al-Quran berkumpulan di kalangan jemaah Masjid al-Muhandisin PKS.
Pengarah PKS, YBrs. En. Hikmatullah Hajid Ahmad Khan dalam ucapannya percaya bahawa program atau aktiviti rutin perayaan atau sambutan besar dalam Islam wajar dirai sebagai imarah Politeknik agar dapat mendidik para pelajar agar tidak kekok dalam menyertai, menganjurkan atau menyumbang aktiviti kemasyarakatan yang sama di luar nanti sama ada sedang atau telah tamat dalam pengajian. Beliau seterusnya menyampaikan saguhati kepada para pelajar dan sumbangan masjid kepada warga PKS terpilih.
Gambar : Mohamad Hadzli Othman UIDM PKS
Disediakan oleh :

Accessibility Toolbar