Berita Dan Aktiviti PKS

26 Sep 2019

PENDIDIKAN TVET POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI DISEBAR LUAS SEMPENA MUSIM AMBILAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2019

PETRAJAYA, 25 September 2019 – Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mengadakan Program Motivasi & Outreach Teroka Potensi Hala Tuju ke IPTA (Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia) di Dewan al-Muneerah, SMK Petrajaya, Kuching, Sarawak sempena musim permohonan dan pengambilan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti bagi ambilan Disember 2019 yang telah dibuka secara atas talian di portal : http://ambilan.mypolycc.edu.my sejak 30 Ogos lalu.

Program yang menyasarkan para pelajar sekolah menengah itu bertujuan memberi maklumat lengkap dan pameran tentang peluang pendidikan selepas SPM di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, perkongsian alumni berjaya selain memberi pengetahuan tentang syarat kemasukan yang akan membantu fokus pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM seperti kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, potensi diri, kaedah belajar dan Career Path kepada bakal lulusan SPM dan para guru sekolah menengah dalam Program Sekolah Angkat Politeknik dalam Jelajah Outreach PolyCC Fasa 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Kuching Sarawak, Mahathir Mohamad Kamin dalam laporannya memaklumkan bahawa program edisi ke-3 setiap tahun ini telah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang pelajar dari 6 buah Sekolah Angkat iaitu SMK Petrajaya, SMK Matang Hilir, SMK Sri Matang, SMK Semerah Padi, , SMK Agama Matang dan SM Teknik Sejingkat.

Di Sarawak, terdapat 3 buah politeknik iaitu Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah, Sarawak dan Politeknik METrO Betong Sarawak. Manakala Kolej Komuniti 7 buah iaitu Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Sarikei, Kolej Komuniti Cawangan Sibu, Kolej Komumiti Betong dan Kolej Komuniti Miri.

Majlis Penutupan program disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik En. Chow Tio Kiong bersama-sama Pengetua SMK Petrajaya En. Khasim Brahim dan turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Komuniti Santubong, En Abdullah Latep Hj. Mustapha.

PENDIDIKAN TVET POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI DISEBAR LUAS SEMPENA MUSIM AMBILAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2019PETRAJAYA, 25 September 2019 – Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mengadakan Program Motivasi & Outreach Teroka Potensi Hala Tuju ke IPTA (Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia) di Dewan al-Muneerah, SMK Petrajaya, Kuching, Sarawak sempena musim permohonan dan pengambilan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti bagi ambilan Disember 2019 yang telah dibuka secara atas talian di portal : http://ambilan.mypolycc.edu.my sejak 30 Ogos lalu. Program yang menyasarkan para pelajar sekolah menengah itu bertujuan memberi maklumat lengkap dan pameran tentang peluang pendidikan selepas SPM di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, perkongsian alumni berjaya selain memberi pengetahuan tentang syarat kemasukan yang akan membantu fokus pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM seperti kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, potensi diri, kaedah belajar dan Career Path kepada bakal lulusan SPM dan para guru sekolah menengah dalam Program Sekolah Angkat Politeknik dalam Jelajah Outreach PolyCC Fasa 2, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Kuching Sarawak, Mahathir Mohamad Kamin dalam laporannya memaklumkan bahawa program edisi ke-3 setiap tahun ini telah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang pelajar dari 6 buah Sekolah Angkat iaitu SMK Petrajaya, SMK Matang Hilir, SMK Sri Matang, SMK Semerah Padi, , SMK Agama Matang dan SM Teknik Sejingkat.Di Sarawak, terdapat 3 buah politeknik iaitu Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah, Sarawak dan Politeknik METrO Betong Sarawak. Manakala Kolej Komuniti 7 buah iaitu Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Sarikei, Kolej Komuniti Cawangan Sibu, Kolej Komumiti Betong dan Kolej Komuniti Miri. Majlis Penutupan program disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik En. Chow Tio Kiong bersama-sama Pengetua SMK Petrajaya En. Khasim Brahim dan turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Komuniti Santubong, En Abdullah Latep Hj. Mustapha. ______________________________________Like | Follow | Share | Repost | Retweet :Website : www.poliku.edu.my Facebook : Politeknik Kuching SarawakInstagram : www.instagram.com/politeknikkuchingsarawakTwitter : www.twitter.com/politeknikkuch1Disediakan oleh :Mahathir Bin Mohamad KaminJabatan Hal Ehwal Pelajar PKS☎️ 082845204????0146566477@politeknik.edu @kolejkomunitihq@kempendidikan

Posted by Mahathir Bin Mohamad Kamin on Rabu, 25 September 2019

Accessibility Toolbar