Berita Dan Aktiviti PKS

2 May 2024

KUNJUNGAN HORMAT POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KE JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

02 MEI 2024 | KHAMIS
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bagi program kolaborasi pertama ke Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Rombongan PKS diketuai oleh Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah (Akademik) bersama lima pegawai telah disambut oleh Puan Sharifah Zakiah binti Tuanku Haji Pauzi, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang kolaborasi dan kerjasama strategik yang boleh dijalankan antara kedua-dua jabatan. Dalam sesi kunjungan ini, pegawai PKS juga turut diberi taklimat oleh pihak JAIS mengenai operasi keseluruhan Jabatan Agama Islam Sarawak.
Sumber: Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar