Berita Dan Aktiviti PKS

8 Feb 2024

Program Temuduga Kerjaya Schlumberger WTA Sdn Bhd (SLB)

𝟎𝟕 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒|𝐑𝐀𝐁𝐔

Sekitar Program Temuduga Kerjaya Schlumberger WTA Sdn Bhd (SLB) yang telah diadakan selama dua hari bermula 6 hingga 7 Februari 2024 di Wisma Perkeso,Kuching. Program ini merupakan anjuran Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada graduan Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Mukah Sarawak telah mengambil peluang menyertai temuduga yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan mengikut bidang pengajian.

Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf,Timbalan Pengarah (Akademik) mewakili Pengarah PKS hadir dan menyampaikan kata-kata semangat kepada para peserta. Selain itu, Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf turut menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada Encik Tan Phang Chia, Pengarah PERKESO dan Encik Hanif Sheikh Ali, Talent Acquisition Manager (SLB) di atas kerjasama yang telah dijalinkan bersama.

Foto: Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar