Berita Dan Aktiviti PKS

28 Apr 2020

PENUNTUT POLITEKNIK DISIPLIN PENJARAKAN SOSIAL, REKOD SARINGAN KESIHATAN, KEBERSIHAN DIRI CEGAH PENULARAN COVID-19

21 APRIL 2020, Hari 35 PKP – Jawatankuasa Khas Kawalan COVID-19, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) amat menitikberatkan dan sentiasa mementingkan keselamatan dan kesihatan warganya termasuk pelajar yang masih terkandas dalam kampus dengan melaksanakan langkah-langkah mendisiplinkan mereka bagi mencegah, membendung dan seterusnya menyekat penularan wabak COVID-19 walaupun dalam keadaan tidak bergejala.

Antaranya, penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter, saringan suhu dan merekod kesihatan, sentiasa mementingkan kebersihan diri dan amalan hidup sihat, pakai topeng muka bila keluar dari bilik, elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain dan duduk di bilik jika tiada perkara penting.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 22 April 2020

Accessibility Toolbar