Berita Dan Aktiviti PKS

14 Aug 2023

NOTIS DAN JADUAL PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI I 2023/2024 (PELAJAR SENIOR):

Diminta pelajar yang ditawarkan asrama sahaja boleh mendaftar asrama.

  • Yuran asrama RM60.00 telah dijelaskan melalui kaedah pembayaran JomPAY dan membawa fotostat resit bayaran semasa pendaftaran. Muat turun Borang Pendaftaran Kolej Kediaman di SPMP i-Kamsis (Makluman/Berita Kamsis) dan menyerahkan borang serta sekeping gambar berukuran pasport semasa pendaftaran asrama. (Rujuk senarai semak di i-Kamsis).
  • Politeknik hanya menyediakan kemudahan asas di Kolej Kediaman seperti katil, tilam, almari, meja dan kerusi. Pelajar disaran untuk membawa barang keperluan diri secukupnya seperti BANTAL, CADAR, LANGSIR, pelitup muka (face mask), pencuci tangan (hand sanitizer) dan lain-lain.

Sila patuhi semua Garis Panduan (SOP), tarikh dan masa pendaftaran yang telah ditetapkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak Penyelia Asrama di talian 082-845596/7/8 pada waktu pejabat (8.00pg hingga 1.00ptg / 2.00ptg hingga 4.30ptg) sahaja atau emelkan ke polikukamsis@gmail.com.

Sekian, harap maklum.

Penolong Pengurus Asrama
Politeknik Kuching Sarawak
14 Ogos 2023

Muat turun Borang Pendaftaran Kolej Kediaman

Muat turun Senarai Semak Pendaftaran Kolej Kediaman

Accessibility Toolbar