Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan (UPIK) diwujudkan dalam sistem pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi adalah bagi memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah dan staf Politeknik. UPIK memainkan peranan penting sebagai pusat bagi penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah dan staf. UPIK juga bertindak sebagai pusat pengumpulan dan rujukan bagi bahan penulisan ilmiah, bahan penyelidikan dan inovasi serta bahan komersialan peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa.