Berita Dan Aktiviti PKS

6 Feb 2023

Notis pemberitahuan Pilihan Raya Kampus (PRK) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tahun 2023 Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Hari Pengundian PRK 2023 telah ditetapkan seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT adalah pada 22 Februari 2023 secara atas talian menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP).

Pelajar PKS yang layak menepati syarat, berpotensi, berbakat dan berminat dialu-alukan untuk mengisi dan mengemukakan borang pencalonan pilihan raya.

Borang pencalonan boleh diakses, dimuat turun dan diisi mulai 6 Februari 2023 sehingga 9 Februari 2023 melalui :

a. Secara atas talian menerusi pautan https://bit.ly/calon_PRKMPP2023

b. Dengan cara mengimbas kod QR yang disedia.

Penyerahan borang pencalonan/penamaan calon adalah pada 9 Februari 2023 (Khamis), jam 8.30 pagi – 5.30 petang bertempat di Bilik Perbincangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PKS dengan wajib calon hadir bersama-sama pencadang dan penyokong masing-masing.

Sila rujuk notis untuk proses, syarat, tarikh-tarikh penting dan kerusi yang dipertandingkan.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak

Sila Klik Sini untuk muat turun sekiranya dokumen PDF tidak dipaparkan.

Accessibility Toolbar