Berita Dan Aktiviti PKS

17 May 2023

Hari Pertama | 16 Mei 2023 BRIDGE MODEL COMPETITION 2023 (BMC’23)

Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan serta Persatuan Alumni Politeknik Kuching bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti dan inovatif pelajar bagi merekabentuk dan menghasilkan model struktur binaan yang ringan dan kuat. Aktiviti seperti ini adalah sebagai satu platform bagi mempamerkan penemuan baru atau ilmu baru dalam penyelidikan dan inovasi yang berkaitan dengan analisis struktur. Ia juga sebagai satu penambahbaikan kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Melibatkan penyertaan seramai 75 orang (25 kumpulan) dari pelajar politeknik dan 10 Kumpulan penyertaan daripada sekolah menengah iaitu dari Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Sarawak (2), Sekolah Menengah Sains Kuching (3), Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (1), SMK Matang Jaya (2), SMK Jalan Arang | Yea1206 (1) dan Sek Sekolah Menengah Seni Malaysia Kuching Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Sarawak (1) yang melibatkan penyertaan 30 orang pelajar dan 9 orang guru pengiring.
Berita & Foto :
En. Azlan Mohd Ali, Pensyarah Kej. Awam
mmk/jhep/pks
Untuk maklumat lanjut sila ke facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar