Berita Dan Aktiviti PKS

11 Nov 2019

PROGRAM KASIH SISWA TAHUN 2019

Seramai dua puluh satu orang pelajar daripada Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah terpilih menerima insentif peruntukan khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (dKasih) yang disalurkan menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Setiap pelajar menerima RM200 dan insentif tersebut telah disampaikan oleh Puan Jamaliah Bt. Ahmad, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak serta disaksikan oleh Encik Awang Afferoz Bin Awang Marikan, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM.
Insentif ini diberi kepada pelajar golongan miskin tegar iaitu isi pendapatan sekeluarga dibawah RM1,000. Selain itu,insentif ini bertujuan untuk menampung keperluan awal pelajar terpilih menyambung pendidikan di Instituisi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setelah mereka ditawarkan tempat belajar.
Turut hadir bersama di majlis ini ialah Timbalan Pengarah Akademik PKS Encik Chow Tio Kiong dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS, Encik Mohd Khiruddin Amdan serta ketua-ketua Jabatan PKS dan pegawai kanan daripada ICU JPM.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 10 November 2019

Accessibility Toolbar