Berita Dan Aktiviti PKS

3 Nov 2023

Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Sarawak

Seramai 25 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak telah menghadiri Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Sarawak pada 29 Oktober 2023 bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan.
Sesi perkongsian telah diadakan bersama para belia dalam program tersebut,antaranya
“Jom Masuk Persatuan” yang disampaikan oleh Encik Iszuan bin Haroni,Setiausaha Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
“Integriti dalam Pertubuhan Belia” oleh Tuan Mohd Hisyamuddin bin Mustafa Haruddin,Penolong Penguasa SPRM Negeri Sarawak
“Kepimpinan Anak Muda” yang disampaikan oleh Dr. Hj Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee,Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
“Akta Pertubuhan Beli dan Pembangunan Beli (Pindaan 2019)” disampaikan oleh Puan Koh Mei Ching,Penolong Pendaftar Kanan,Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada para belia khususnya pelajar Politeknik Kuching Sarawak.
Sumber: KBS,Malaysia

Accessibility Toolbar