Berita Dan Aktiviti PKS

1 Dec 2022

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (ETAC) KE PKS

30 November 2022- Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) yang diwakili oleh Pengerusi ETAC, Prof. Ir. Dr. Norlida Buniyamin dan Ir. Megat Johari  Megat Mohd Noor selaku Naib Pengerusi ETAC. Kehadiran mereka telah disambut oleh Pengarah PKS Hikmatullah Hajid Ahmad Khan serta barisan kumpulan pengurusan PKS.

Kunjungan hormat tersebut adalah sebagai platform perbincangan bagi mendapatkan maklumbalas Pemberi Pendidikan tinggi (PPT) berkaitan pengurusan akreditasi program pengajian dan untuk mempromosikan peranan kritikal juruteknik dan teknologis kejuruteraan dalam pembangunan negara khususnya dalam bidang TVET. Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah (Akademik) PKS Samsudin. Mohd. Saleh.

 

Accessibility Toolbar