6
Mar
2024
Bengkel JKE : Mastering NODEMCU For IoT Journey
05/03/2024 | SELASA
Sesi perbengkelan “Mastering NodeMCU for IoT Journey” anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak telah diadakan pada 5 Mac 2024 yang bertujuan memberikan pemahaman mendalam kepada 128 orang pelajar yang mendaftar kursus DEE40081 Project 1 tentang penggunaan NodeMCU ESP8266 dalam konteks Internet of Things (IoT). Dengan melibatkan dua orang penceramah pakar dan dibantu oleh 24 orang fasilitator, bengkel ini menjadi platform untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam membangunkan projek IoT.
Aktiviti pertama memfokuskan pengenalan kepada konsep IoT dan peranti NodeMCU ESP8266. Pelajar diajar cara pemasangan perisian Arduino IDE, yang merupakan langkah awal dalam menyediakan persekitaran pembangunan untuk NodeMCU.
Aktiviti kedua mengambil tumpuan kepada pendedahan pelajar terhadap penggunaan platform Blynk. Mereka diperkenalkan dengan cara menetapkan pin maya untuk mengawal peranti masukan dan keluaran yang disambungkan kepada NodeMCU ESP8266. Penekanan diberikan kepada integrasi antara NodeMCU dan Blynk sebagai langkah penting dalam membangunkan projek IoT yang lebih kompleks.
Diharapkan melalui bengkel ini dapat melahirkan pelajar yang mahir dan yakin dalam menggunakan NodeMCU ESP8266 untuk membangunkan projek tahun akhir berasaskan IoT.
Sesi ini turut mencipta ruang pembelajaran yang interaktif dan praktikal, memberikan pelajar peluang untuk menjelajahi potensi teknologi IoT dan meningkatkan daya kreativiti mereka dalam mengaplikasikan konsep tersebut dalam projek mereka.
Sumber & foto: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)