Berita Dan Aktiviti PKS

23 Apr 2021

YAPEIM SARAWAK AGIH BUBUR PEDAS DAN MAKANAN PANAS KEPADA PELAJAR PKS

KUCHING, Jumaat (23 April 2021) – Sejumlah 150 bungkus bubur pedas dan 150 bungkus makanan panas telah diagihkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Sarawak kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) semalam (22 April 2021) sempena Program Inspirasi Qaseh Ramadhanan YaPEIM.
Pengagihan makanan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Jabatan Komuniti YaPEIM Sarawak, Siti Aminah Dolah@Abdullah di sini dan turut dihadiri oleh Pengarah PKS Jamaliah Ahmad.
Semasa ucapan ringkas di majlis pengagihan tersebut, Jamaliah berkata PKS berterima kasih kepada YaPEIM Sarawak di atas sumbangan makanan tersebut.
Program Inspirasi Qaseh Ramadhanan YaPEIM adalah merupakan acara tahunan YaPEIM sejak tahun 2016.
Pada tahun ini, program tersebut dilaksanakan mengikut norma baharu akibat wabak Covid-19 dan konsep program adalah menerusi agihan bubur lambuk/bubur pedas dan makanan yang sedia dimakan.
Golongan sasar bagi program ini adalah fakir miskin, badan beruniform, rumah anak yatim dan sebagainya.
Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS, Mohamad Khirudin Amdan.

Accessibility Toolbar