Berita Dan Aktiviti PKS

28 Jun 2022

PKS TERIMA LAWATAN DARIPADA SSM

KUCHING, 28 Jun 2022 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Sarawak telah mengadakan lawatan ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pengarahnya Ramle Leen dan telah disambut oleh Pengarah PKS Hikmatullah Hajid Ahmad Khan.
Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi dan kerjasama bersama PKS di dalam penganjuran aktiviti seperti Program Usahawan Muda dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKS Ahmady Solong.

Accessibility Toolbar