Berita Dan Aktiviti PKS

13 Jul 2022

IBADAT KORBAN 1443H | POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

12 Julai 2022 – Staf dan pelajar PKS bergotong-royong menguruskan ibadat korban melibatkan 3 ekor lembu di dalam kampus hari ini bermula dari proses sembelihan, melapah, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban kepada sasaran di kalangan yang layak menerima.

Program tahunan ini berjaya memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga PKS secara khususnya kepada pelajar sebagai pengalaman yang membawa manfaat dan persediaan kepada mereka berhubung tuntutan ibadat ini agar dapat dipraktis di luar nanti. Sebahagian daging dan tulang turut dimasak secara bekerjasama untuk dihidangkan kepada pelajar yang tidak pulang ke kampung sempena cuti perayaan di Masjid al-Muhandisin PKS, sekaligus menunjukkan peranan PKS dan Pusat Islam prihatin kepada kebajikan pelajar.

Penghargaan dan terima kasih kepada pengelola program iaitu Jawatankuasa Pusat Islam dan Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI), urusetia program dan semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan program dan ibadat ini.

https://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak/videos/1148953332348605/

Accessibility Toolbar