PROGRAM OUTREACH POLITEKNIK KASIH KOMUNITI DI PULAU SALAK, PETRAJAYA
PETRAJAYA, 21 September 2019 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah melaksanakan Program Politeknik Kasih Komuniti yang merupakan aktiviti pelajar di bawah kluster outreach operasi khidmat masyarakat (OPKIM), pemindahan teknologi, perkongsian ilmu kerohanian dan teknikal, kesukarelawanan dan hebahan peluang pendidikan di politeknik dan Kolej Komuniti yang dilaksanakan di Kampung Pulau Salak, Petrajaya anjuran Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) dengan kerjasama Pusat Islam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar, PKS.
Program satu hari ini disertai oleh 34 orang pelajar pelbagai program diploma dengan melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah menjalankan aktiviti seperti taklimat bidang pendidikan teknikal dan vokasional dan masa depan kerjaya khusus di politeknik dan Kolej Komuniti serta hebahan iklan permohonan masuk belajar bagi sesi ambilan Disember 2019 yang sedang dibuka melalui online di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my
Aktiviti Smart Solat, sukaneka dan gotong-royong bersama komuniti turut diadakan sebagai salah satu tanggungjawab sosial kumpulan pelajar JPPI ini yang antara fungsinya bersama politeknik membangunkan kerohanian warga pelajar dan dikongsikan dalam program kali ini serta menilai pelaksanaannya bersama komuniti dalam mempersiap dan membangunkan pelajar bakal graduan politeknik yang holistik dan seimbang dengan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran insaniah di luar bilik darjah dan memperkukuh penerapan domain-domain pembelajaran seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, tanggungjawab sosial, keusahawanan, kerja berpasukan, menyelesaikan masalah, pemikiran kritis, pengurusan maklumat, profesionalisme dan kemahiran etika dan moral melalui adunan tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang program.
Terima kasih dan penghargaan kepada Penghulu, Ketua Kampung, Kak Tipah dan semua penduduk Kampung Pulau Salak, Petrajaya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sebelum dan sepanjang program berlangsung.
PROGRAM OUTREACH POLITEKNIK KASIH KOMUNITI DI PULAU SALAK, PETRAJAYAPETRAJAYA, 21 September 2019 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah melaksanakan Program Politeknik Kasih Komuniti yang merupakan aktiviti pelajar di bawah kluster outreach operasi khidmat masyarakat (OPKIM), pemindahan teknologi, perkongsian ilmu kerohanian dan teknikal, kesukarelawanan dan hebahan peluang pendidikan di politeknik dan Kolej Komuniti yang dilaksanakan di Kampung Pulau Salak, Petrajaya anjuran Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) dengan kerjasama Pusat Islam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar, PKS. Program satu hari ini disertai oleh 34 orang pelajar pelbagai program diploma dengan melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah menjalankan aktiviti seperti taklimat bidang pendidikan teknikal dan vokasional dan masa depan kerjaya khusus di politeknik dan Kolej Komuniti serta hebahan iklan permohonan masuk belajar bagi sesi ambilan Disember 2019 yang sedang dibuka melalui online di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.myAktiviti Smart Solat, sukaneka dan gotong-royong bersama komuniti turut diadakan sebagai salah satu tanggungjawab sosial kumpulan pelajar JPPI ini yang antara fungsinya bersama politeknik membangunkan kerohanian warga pelajar dan dikongsikan dalam program kali ini serta menilai pelaksanaannya bersama komuniti dalam mempersiap dan membangunkan pelajar bakal graduan politeknik yang holistik dan seimbang dengan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran insaniah di luar bilik darjah dan memperkukuh penerapan domain-domain pembelajaran seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, tanggungjawab sosial, keusahawanan, kerja berpasukan, menyelesaikan masalah, pemikiran kritis, pengurusan maklumat, profesionalisme dan kemahiran etika dan moral melalui adunan tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang program. Terima kasih dan penghargaan kepada Penghulu, Ketua Kampung, Kak Tipah dan semua penduduk Kampung Pulau Salak, Petrajaya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sebelum dan sepanjang program berlangsung. _______________________________Like | Follow | Share | Repost | Retweet :Facebook : politeknik.kuching.sarawakInstagram : politeknikkuchingsarawakTwitter : PoliteknikKuch1politeknik.eduKementerian Pendidikan MalaysiaDisediakan oleh :Mahathir Bin Mohamad KaminJabatan Hal Ehwal Pelajar, PKS.
Posted by Mahathir Bin Mohamad Kamin on Sabtu, 21 September 2019