Berita Dan Aktiviti PKS

21 Apr 2020

ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM) BELANJA PELAJAR PKS MAKAN MALAM HARI KE-2 PKP FASA 3

16 April 2020 – Makan malam pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang masih terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3, dibiaya dengan wang sumbangan Royal Institution Of Surveyors Malaysia (RISM) petang ini. Seramai 460 orang pelajar asrama termasuk 44 orang pelajar yang menetap di luar berhampiran kampus PKS menikmati manfaat ini sementara peruntukan fasa 3 diturunkan.

Pada 11 April 2020 yang lalu, RISM telah menyerahkan cek sumbangan bernilai Dua Ribu Ringgit (RM2,000) kepada PKS untuk membantu meringankan perbelanjaan harian pelajar dalam tempoh PKP. Pihak Politeknik turut membiayai perbelanjaan makan minum pelajar sepanjang hari dalam tempoh sehinggalah peruntukan NADMA diturunkan nanti.

Pada masa yang sama, agihan topeng muka bagi fasa 3 diberikan kepada semua pelajar hasil sumbangan dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak.

https://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak/photos/pcb.2875966162450505/2875961282450993/?type=3&__tn__=HH-R&eid=ARA4tTfCN-VJpRPXbjzPFh96pLiCQ8g6tl-lv0uOmo3r2jIyoSMC7G2BBQxQEO71PL1lWRH_ZXee42Lj&__xts__%5B0%5D=68.ARCfzc2doCE6ph4W-nkNvJ4rPMn5kucaJCUzNmKlVIkAY-6jMDACy4ggcfeGpmHSpyr31PZQloo398D5TB0Xeaa_VHerHCwXnMkUGHEoOAMDBnzTKRKGCCCgTCoWT5VgQmAoeAqQApjrc6x-13KGkLqsA4eVXHStzSVV1r_DWIoDJhBztJy8ZzMk2165NMYpzVlmwfGObc45EGZjZFwr0GoEFlE1q3Ffybrgphl_7unWVIevFz8FSjhF_Ng4xgN6RG3WrOcc-uftBid2Ok0S89qxBO0KkoIpVCepUoQkRXndxzWUGg7LqqCVIjWzG-w8_KuleUHLfAb228Igtvf_KfiGgQ

Accessibility Toolbar