Berita Dan Aktiviti PKS

16 Aug 2022

HARI SEMAKAN DOKUMEN PELAJAR BAHARU PKS SESI I 2022/2023 | TAHNIAH & TERIMA KASIH MEMILIH POLITEKNIK

15 Ogos 2022 – Semakan dokumen Pelajar Baharu Sesi I 2022/2023 telah berlangsung di Dewan dan Dataran Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan disaksikan oleh Pengarah PKS, YBrs. Tuan Hikmatullah Hajid Ahmad Khan memantau proses semakan dokumen yang dikelola oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan pegawai penyemak terdiri daripada para pensyarah yang dilantik sebagai Penasihat Akademik (PA) bagi setiap kelas untuk mengesahkan setiap dokumen salinan adalah sah seperti dokumen asal yang dibawa oleh pelajar. Antara dokumen penting adalah kad pengenalan bagi mengesahkan kewarganegaraan yang menjadi syarat kelayakan kemasukan, gred mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), borang-borang akuan, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
Seramai 673 orang pelajar baharu dari kumpulan pertama ini telah mendaftar dan melapor diri buat masa ini daripada norma ambilan sebanyak 1120 tempat dan selebihnya akan hadir dalam tempoh yang dibenarkan. Untuk makluman juga, kumpulan ke-2 akan dapat menyemak keputusan rayuan masuk pada 22 Ogos 2022 nanti melalui di UPUONLINE https://upu.mohe.gov.my/ dan portal ambilan Politeknik dan Kolej Komuniti http://ambilan.mypolycc.edu.my
Politeknik Kuching Sarawak menawarkan 13 program peringkat diploma yang terdiri dari 10 program diploma kejuruteraan, 2 program diploma perdagangan dan 1 program diploma dalam bidang teknologi maklumat.
Berikut adalah senarai Jabatan dan Program pengajian diploma di PKS :
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA)
• Diploma Kejuruteraan Awam
• Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
• Diploma Geomatik
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)
• Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
• Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)
• Diploma Kejuruteraan Mekanikal
• Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
• Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
• Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA (JKPK)
• Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
JABATAN PERDAGANGAN (JP)
• Diploma Akauntansi
• Diploma Pengajian Perniagaan
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (JTMK)
• Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
Klik link untuk lihat program dan syarat masuk : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
Dapatkan maklumat PKS melalui media berikut :
• Laman web rasmi :
•Portal Ambilan (Info Program/Syarat/Permohonan)
Tahniah dan terima kasih kerana memilih Politeknik sebagai Destinasi Pengajian Tinggi Anda.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak.
No Telefon : 082 845596
Terima kasih Foto Kacak : Mohamad Hadzli Othman UIDM PKS

Accessibility Toolbar