Berita Dan Aktiviti PKS

4 Nov 2024

Majlis Perasmian P.193 Santubong Sports League 2024 (Pertandingan Badminton Beregu Wanita Peringkat Parlimen P.193 Santubong)

03 NOVEMBER 2024 | AHAD
Majlis Perasmian P.193 Santubong Sports League 2024 (Pertandingan Badminton Beregu Wanita Peringkat Parlimen P.193 Santubong) telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong.
Pertandingan Badminton Beregu Wanita Peringkat P.193 Santubong ini menyaksikan sebanyak 26 regu yang terdiri daripada tiga DUN iaitu DUN N.3 Tanjung Datu, DUN N.4 Pantai Damai dan DUN N.5 Demak Laut bertanding untuk merebut kejuaraan pada kali ini. Pertandingan julung kali diadakan ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat cergas dan aktif.
Dalam majlis yang sama, YB Dato’ Sri turut berkesempatan meluangkan masa beramah mesra bersama Majlis Perwakilan Pelajar dan exco di Kafeteria PKS. Program yang berlangsung selama 30 minit ini digunakan sepenuhnya kepimpinan pelajar untuk mendengar pengalaman, nasihat, pandangan serta melontarkan sebarang soalan berhubung isu semasa dan sebagainya.
Hadir sama Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, En. Samsudin bin Mohd. Saleh dan Jawatankuasa Pengurusan PKS.
P.193 Santubong Sports League 2024 adalah anjuran Kelab Sukan Rekreasi Tepian Gelanggang dan Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat P.193 Santubong.
📸 Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar