Berita Dan Aktiviti PKS

21 Feb 2023

Tarikh Akhir Permohonan Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Kelompok 2 Bagi Sesi II 2022/2023

Permohonan adalah dibuat secara atas talian menerusi laman web ptptn :

https://www.ptptn.gov.my/

Pelajar baharu dan pelajar senior Politeknik Kuching Sarawak (PKS) boleh mengemukakan permohonan pinjaman PTPTN bagi kelompok ke-2 bagi sesi ini sehingga 28 Februari 2023.

Pelajar senior pun masih boleh memohon PTPTN dengan syarat baki tempoh pengajian tidak kurang 1 tahun.

Sekiranya terlepas untuk permohonan kelompok ke-2 ini, pelajar boleh memohon pada kelompok sesi seterusnya pada bulan Ogos/September 2023

sebelum memohon pastikan :

i. Pelajar mempunyai akaun SSPN peribadi

ii. Pelajar mempunyai emel peribadi

iii. Pelajar mempunyai akaun bank islam (BIMB) atas nama sendiri (Bank Islam adalah panel bank PKS untuk PTPTN)

iv. Surat tawaran kemasukan ke Politeknik

v. Fahami manual permohonan pinjaman :

https://www.ptptn.gov.my/wp-content/uploads/2022/09/manual_mhn_online_pin_online.pdf

permohonan adalah dibuat secara atas talian menerusi laman web PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/

dan sekiranya ditawarkan PTPTN hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PKS nanti.

Pelajar amat digalakkan memiliki pinjaman PTPTN ini (bagi yang berkeperluan) sebagai usaha membantu keluarga dan pelajar sendiri dalam meringankan kos sara hidup semasa sepanjang pengajian.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak.

Accessibility Toolbar