Berita Dan Aktiviti PKS

17 Apr 2020

THE INSTITUTION OF ENGINEERS MALAYSIA (IEM) CAWANGAN SARAWAK SEDIA MAKANAN HARI PERTAMA FASA 3 PKP DI PKS

15 APRIL 2020 – The Institution of Engineers Malaysia @IEM Sarawak Branch amat prihatin dan berbesar hati memberi sumbangan sara hidup kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang menetap di asrama sepanjang tempoh Perintak Kawalan Pergerakan dalam bentuk wang tunai bernilai Lima Ribu Ringgit (RM5,000).

Sumbangan tersebut digunakan oleh PKS untuk menyediakan makanan tengah hari dan makanan malam pada hari ini kepada seramai 460 pelajar PKS di dalam kampus termasuk kepada 44 orang pelajar yang menetap di luar berhampiran kampus PKS sementara peruntukan fasa 3 diturunkan.

IEM telah banyak memberi sumbangan kepada PKS sebelum ini antaranya telah memberi anugerah pelajar cemerlang melalui Anugerah IEM Sarawak Branch Chaiman’s Award kepada lulusan program diploma PKS yang telah diakreditasi dan berdaftar di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) antaranya Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)-DEP, Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) dan Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia).

Perkembangan semasa, 3 (tiga) program diploma kejuruteraan iaitu Diploma Kejuruteaan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan) sedang menunggu keputusan penilaian akreditasi ETAC (BEM) ini sebagai pelanjutan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang telah diperoleh dengan jayanya oleh semua program pengajian diploma PKS sebelum ini termasuk Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), Diploma Akauntansi dan Diploma Pengajian Perniagaan.

#Minuman Calpish dan lain-lain dari sumbangan Etika Beverages Sdn. Bhd. melalui serahan Food Bank Siswa KPDNHEP.

https://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak/photos/pcb.2873513422695779/2873509526029502/?type=3&__tn__=HH-R&eid=ARAL4OLEX_zdck28BfvWg3IaKgjuBBOi-8_Uvfz9p1sKiVJpvi-vOlO-WbrOyATaBxN2ksiZHdF0mvgk&__xts__%5B0%5D=68.ARA-IswP5j34vFkJPIYc-7S7iALv4Y0Kuo9xzQjpByj6FAY5rj_vMbu0cM9mvptkJxMimUL0oF-cTrpnJZ4SbxC7KfyMruoRC3lmjr9sYQgtSXMEjdgW56WSwZXYXDfxYlXoKQWDCCS4gDHVbtGy89oxgPT7qIhEwRdLcDui6huf5yOK1nxpUF33VdnNJ91Wjpkju-vECsLWCaap5j4zvb5bXdeKRQ4ECg9o2I490VVS-rDuvk6OO72_sWJV7Foyg7rot62wJV5gcvK3NTzgFmqeDShgedhNQAvtY0kkoKNAoFyOz3t5B993hBU8rQ48Uz8eRv_g4wVPVlUc1MO566OJUA

Accessibility Toolbar