Panel Penilai Akreditasi Enginnering Technology Accredidation Council (ETAC)
Panel Penilai Akreditasi Enginnering Technology Accredidation Council (ETAC) telah membuat lawatan penilaian ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) baru baru ini.
Rombongan Panel Penilai dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang diketuai oleh Ir.Prof.DR. Satesh Narayana Namasivayam telah berada di PKS pada 9 hingga 10 Oktober 2019 bagi penilaian akreditasi ke atas tiga (3) program iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif, Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Penyamanan Udara & Penyejukbekuan yang ditawarkan di PKS.
Penilaian ETAC amat penting khususnya kepada Instituisi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan kursus-kursus kejuruteraan agar ianya memberi manfaat berguna kepada pelajar PKS amnya.
Semasa lawatan tersebut rombongan panel penilai telah diberi taklimat dan penerangan mengenai PKS oleh Pn.Jamiliah Ahmad,Pengarah PKS dan seterusnya mereka mengadakan sesi perjumpaan secara bersemuka ,mesyuarat dan membuat penilaian menyeluruh di ketiga lokasi mengikut program masing masing.
Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Khamis, 10 Oktober 2019