Berita Dan Aktiviti PKS

12 Jun 2023

𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 & 𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 ! 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 / 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐏𝐔𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 ( tutup 13 JUN 2023)

Calon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan/kemaskini program pengajian di UPUOnline.

Selepas keputusan rasmi SPM, pilihan program anda sebelum ini telah ditapis oleh sistem dan 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐚-𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠/tiada dan calon perlu buat kemas kini pilihan program/pilihan baru/susun semula.

Masih belum terlambat untuk memilih program Politeknik.kolejkomuniti | Politeknik Kuching Sarawak

Berdasarkan Keputusan Semasa SPM, 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐥𝐚𝐡 Politeknik Kuching Sarawak sebagai Destinasi Pengajian Anda

𝟏. 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐, 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐝𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎 (𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐔𝐏𝐔𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞)

Permohonan adalah melalui UPUONLINE sehingga 13 Jun 2023 (5.00 petang) melalui web UPU :

https://upu.mohe.gov.my/

𝟐. 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟏𝟗 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 & 𝐋𝐔𝐋𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐒𝐏𝐌(𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍) 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐞𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 & 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 (𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂)

• Lepasan SPM tahun 2019 & ke bawah
• Lulusan Sijil yang diiktiraf MQA (Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA)
• Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
• Sijil APEL Tahap 4
Permohonan ke program Diploma Politeknik melalui eBorang POLYCC sehingga 9 Jun 2023 (5.00 petang) melalui portal

http://ambilan.mypolycc.edu.my

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK KUCHING SARAWAK hendaklah :

i. Pilih 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 yang ada ditawarkan di 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤

http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=politeknik&id=05

ii. 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 berdasarkan program
iii. Pilih 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 yang betul iaitu 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

***Calon boleh 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 menggunakan system e-SEMAK dengan key-in di :

http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Info semua program pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) seluruh Malaysia boleh layari portal ambilan POLYCC

http://ambilan.mypolycc.edu.my

-mmk/jhep/pks-

Accessibility Toolbar