Berita Dan Aktiviti PKS

19 Aug 2022

Program Khidmat Masyarakat (CSR) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 di Makmal Perakaunan, Politeknik Kuching Sarawak.

Kuching, 18/8/2022 – Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer(JMSK), Politeknik Kuching Sarawak telah mengadakan satu Program Khidmat Masyarakat (CSR) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 di Makmal Perakaunan, Politeknik Kuching Sarawak.
Objektif program ini adalah memberi sumbangan kepada hubungan komuniti dengan meningkatkan kemahiran pelajar sekolah terhadap penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Excel serta aplikasi antaranya. Seramai 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 terlibat dalam program CSR ini. Program ini turut mendapat sokongan dari Ketua Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak, Ts Aidawati Binti Mustapha dalam memastikan kelancaran. Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat memindahkan ilmu dan kemahiran kepada komuniti serta menjadikan Politeknik Kuching, Sarawak sebagai sebuah organisasi pembelajaran yg cemerlang.

Accessibility Toolbar