LAPOR DIRI & PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I 2022/2023 & PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR PINDAH MASUK SESI I 2022/2023 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
Semua Pelajar Senior / Pelajar Tanguh Semester Lepas/ Pelajar Bertukar Masuk ke PKS
LAPOR DIRI & PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I 2022/2023 & PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR PINDAH MASUK SESI I 2022/2023 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)
Dimaklumkan Panduan Lapor Diri Pelajar Senior bagi Sesi I 2022/2023 sudah boleh dimuat turun di portal www.poliku.edu.my melalui pautan http://www.poliku.edu.my/pelajar-senior/
Bagi pelajar politeknik lain yang bertukar/pindah masuk ke Politeknik Kuching Sarawak bagi Sesi I 2022/2023 juga dikehendaki untuk memuat turun Panduan Lapor Diri Pelajar Pindah Masuk Sesi I 2022/2023 di link yang sama.
Pelajar adalah diingatkan supaya :
1️. Membaca dan memahami dengan teliti keseluruhan Panduan Lapor Diri.
2. Telah menyemak keputusan penilaian/peperiksaan akhir Sesi II 2021/2022
3. Membuat bayaran yuran mengikut kaedah dan tarikh yang betul seperti panduan.
4. Menyemak status Perlindungan Takaful di link yang diberi (Jadual yuran bagi sesi I 2022/2023)
5. Membuat tindakan sepatutnya mengikut kepada carta alir lapor diri hingga proses daftar online, daftar kursus dan hadir kuliah.
6. Membaca dan memahami Prosedur Operasi Standard Serta Dokumen Berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Semasa Peralihan Ke Endemik
http://www.poliku.edu.my/edaran-prosedur-operasi-standard-serta-dokumen-berkaitan-pengoperasian-institusi-pendidikan-tinggi-ipt-semasa-peralihan-ke-endemik/
7. Memohon nasihat dan menghubungi Penasihat Akademik (PA) masing-masing dalam perkara yang berkaitan.
Sekian, harap maklum.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak.